Sunday, August 16, 2009

K. maH main Bowling

Hari jumaat, 15 Ogos 2009 BEA vs PNMB. Dah 5 tahun tak main bowling. Pandai gak aku.



Makan dulu.....



terlebih suda...


















Thursday, August 13, 2009

Ayah dan Ramadhan

Salam semua....

Ramadhan kembali lagi. Kemudian diiringi Syawal pula. Kadang2 ada rasa hiba. Banyak kenangan Ramadhan dan Syawal yang menumpahkan airmata. Sebalik senyum dan ketawa, yang sedih lebih diingati terutama dalam bulan2 mulia ini.

Dalam usia 68 tahun, ayah nampak lebih uzur dari usianya. Waktu bersalaman dan cium tangannya, nampak susah dan sakit. Tangan yang dulu kuat dan gagah sekarang cuma tulang dan kulit yang ada. Aku cuma sedih dan tak berbuat apa. Kadang2 terfikir adakah dia akan survive sehingga Syawal ini.

Masa cepat betul berlalu. Sedangkan dulu akulah anak kecil yang memang manja. Tidur dan cium ayah setiap pagi. Dah form 3 pun ayah temankan bangun kencing tengah malam. Selepas bersuami dan duduk jauh dari ayah, aku terpisah dengan kenangan dan kehidupannya. Sedangkan kenangan dan kehidupan itu yang memulakan segala2nya.

Dari luaran, aku dan kakak sulung lebih mewarisi gen ayah. Ayah bukan jenis pukul anak2. Ayah bukan jenis pemarah. Tapi sejak akhir2 ni, dia berubah sikit. Dengan keadaan pekak yang serius, aku susah nak bincang pasal ni. Sebagai anak, aku suka bercakap dengan ayah tanpa mak. Kenapa setelah 45 tahun berkahwin, mereka tak sehaluan lagi?

Tuntutan hidup membuatkan aku tak sering dapat bersama ayah. Aku sangat bimbangkan Ramadhan. Ayah yang sakit dan mak yang sensitif. Aku sangat menunggu Syawal, tapi aku tak bersedia kehilangan AYAH........

Monday, August 3, 2009

Let's Share... NISFU SYA'ABAN

Untuk pengetahuan sumer... aku ni bukan ler wanita muslimah yg mcm isteri nabi. Aku ni nakal2 la jugak. Pakaian kat ofis tu kategori cukup la sifat. Di luar tu kategori lain. Tapi aku try nak perbaiki diri....

Semalam aku cakap kat mak hari ni nak puasa qada'. Maklumlah, dah nak ramadhan ni, kenalah habislah hutang2 tahun lepas. Tinggal 2 hari jer.


Tapi mak tegur. Elok puasa rabu & khamis sbb nisfu sya'aban. Terlopong dengar mak aku dah mcm ustazah ar-rayyan versi jawa. Aku pun OK lah niat puasa rabu & khamis. Sampai je ofis aku try surf internet. Bila dah baca tu ini, aku pun tarik nafas. Takkan sembahyang sunat sampai 100 raka'at. Yang wajib 5 tu pun cukup2 makan je. Kena baca yasin 3 kali pulak. Nak buat seminggu sekali pun rasa-rasa kelopak mata ni ada enjin honda ex5 tahun 1999. Takpelah, try lah carik niat solat sunat tu. Dlm hati aku tak dapat 100 dapat 10 jadik lerrr.....


Aku pun terbukak la pasal penyebaran hadith palsu. Kena baca teliti sket maklumlah nak nyebut nama org arab ni letih jugak. Dah habis baca barulah aku sedar apa yg nak disampaikan oleh penulis. Apa yg dikatakan hendaklah solat sunat 100 rakaat tu tidaklah diamalkan oleh Nabi Allah Muhammad. Sebaliknya cuma ditokok tambah oleh ulama' yang tidak pasti kebenarannya. So.. bila dah baca article ni, langsung le aku malas nak buat... ekekekek

jom baca...


Tarikh : 2005-09-19
ADALAH sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa bulan Syaaban mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun, menggalakkan orang ramai beribadah pada bulan ini dengan disebarkan hadis-hadis palsu adalah dilarang sama sekali. Kebanyakan hadis yang disebarkan adalah mengenai malam Nisfu Syaaban serta solat dan doa yang khusus pada malam ini. Begitu juga dengan puasa sunat khusus pada hari Nisfu Syaaban.
a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Syaaban
Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi s.a.w. menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini dengan amalan-amalan khusus seperti sembahyang sunat khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya :
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali r.a.: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar.
Hadis ini adalah maudhu', diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu'ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami' dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.
Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Syaaban, ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya.
Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu'. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.
Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: `'Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Syaaban seribu kali surah al-Ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat; tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya daripada berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya.'' Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu'.
Kebanyakan hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan-amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Syaaban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah s.a.w. akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.
Al-Hafiz al-Iraqi berkata: `'Hadis tentang solat pada malam Nisfu Syaaban adalah maudhu', direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.'' Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya, al-Majmu': ``Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bidaah (ditokok tambah dalam agama).''' (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida', cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).
Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: `'Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Syaaban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu' seperti yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu.'' (Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida', hal. 11).
Ulama kontemporari masa kini, Syeikh Dr. Yusof al-Qardhawi juga menyatakan di dalam fatwanya: `'Tentang malam Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Syaaban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah.''
Beliau menambah lagi: `'Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya''. (Al-Qardhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Para ulama muktabar lain seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam tersebut tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis thabit yang menyebut akan fadilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al-Suyuti: `'Dan pada malam Nisfu Syaaban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah.'' (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba' wa al-nahyu an al-ibtida' (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)
b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Syaaban.
Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi s.a.w. yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Syaaban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Syaaban sahaja dengan menganggap ia adalah sunah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qardhawi: `'Di dalam kaedah syarak, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syarak kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).(Rujuk: Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)
c) Hadis tentang amalan akan diangkat pada malam Nisfu Syaaban.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa segala amalan manusia akan diangkat pada malam Nisfu Syaaban. Justeru, kebanyakan umat Islam akan menghidupkan malam ini dengan membaca surah-surah tertentu dengan niat supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman. Pendapat ini adalah tidak tepat dan tidak terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskannya.
Demikianlah beberapa perkara yang sering dibincangkan di dalam bulan Syaaban ini. Semoga melalui beberapa hadis yang dibawa ini serta pendapat para ulama, jelaslah kepada kita tentang kedudukan hadis-hadis tersebut di sisi ulama hadis. Ketahuilah sesungguhnya segala perkara yang melibatkan soal pahala, keberkatan, fadilat dan kelebihan adalah hak milik kekal Allah s.w.t. Tidak ada seorang makhluk pun yang boleh mendakwa dan menjanjikan sebarang fadilat atau keberkatan tertentu dengan mereka-cipta amalan-amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Marilah sekali lagi kita menyemak dan memastikan segala amalan ibadah yang kita lakukan ini bertepatan dengan sunah Rasulullah s.a.w. untuk melayakkan amalan tersebut diterima di samping diiringi dengan keikhlasan kepada Allah s.w.t. Ayuhlah kita bersama-sama membenteras kegiatan penyebaran hadis-hadis palsu dan dusta di kalangan masyarakat kita. Semoga kita semua akan mendapat pertolongan dan diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t.
-Petikan : Utusan Malaysia
Prev: 39-Menghargai Segala Nikmat AllahNext: 40-Melakukan Amalan Secara Berterusan

Renung-renungkan dah selamat ber'amal....



Tuesday, July 21, 2009

H.a.i H.A.I

Dah 2 bulan tak entry. Aku cuma baca blog org sekeliling jer. Ehhhh..... Baguslah diorang ni pandai mengarang. Pandai sangat pastu banyak betul citer nak tulis...suka aku baca. Suka betol... Kadang x puas, baca lagi sampai 3-4 kali. Baca lagi.. baca lagi...Setengah tu siap hafal ngko ekekekekekekek.

Citer pasal entry.. jangan kata esok... sampai meninggal blog ni pun tak habis2. Lagi kalau berkawan dengan jin... dah mati dia pulak sambung. Jangan panik. Mungkin jugak org yg meninggal tu ada kawan namanya ujin.

A few yg tanya kenapa tak update blog? tak payah ....korang dah tau kalau aku lalu camner bunyi tapak kasut aku kan. Kalau nak nyanyi pon boleh, aku tolong sambungkan. Dan aku cukup suka kalau org entry blog ada gambar baby baru lahir ataupun bagi recipe.(Ada la yg menyengeh ni) Tapi x bermaksud aku pregnant yek...

Suka lah aku. Hari ni hari yg paling suka sangat sbb tu aku tulis. First thing, kalau aku entry ni aku tengah suka hati. Kalau gitu dah 2 bulan aku x entry, 2 bulan la aku susah hati ekekekeke. Lagi satu, jiran aku baru beli kereta. Asik2 dengar bunyi security alarm. Dlm hati aku, aik takkan kete baru dah problem? OOO.. tentulah nak kasik bunyi, nanti orang tak tau awak ada kete baru... hik hik hik, mcm2 gaya manusia. Tentulah nak share sbb kete harga setengah juta tuuuuuuu. tentu menarik perhatian. Yg lain tak mampu pakai kete ratusan ribu tu lain pulak... sidai kat gate.. carpet/cadar baru beli di pavilion. Sbb org tak masuk umah kenalah di keluarkan supaya org nampak..... tul tak?

Ada lagi.... ini kisah email aku. Kisah ni privacy la sbnarnya tapi sharing is caring kan?
Ada salah sorang kawan asik forward kan email. Ala... email2 kelakar, nakal, nak kenakan orang. Antara ramai2 tu ada yg tak suka pulak. Siap reply 'don't send the rubbish and stupid email 2 me'.... Bukan main kejam ayat dia kan. Aku terkejut sbb sound direct tuuuu. Even kalau aku yg hantar email, pasti kechiwa... Jangan lah suka marah2 atau melenting2 ye tak. Rasa nak je bubuh email bro tu kat sini. Tapi taknak la malam karang dia bawak parang gi No. 80. Diorang ni sek tinggi, pandai bercakap tapi tak digunakan dlm kehidupan seharian.

Nak dijadikan citer. Penghantar e-mail masih jugak meneruskan kegiatannya. Ada lagi yg x suka. Tapi takpe sbb dia reply dgn baik. Ayatnya berbunyi begini ' puan, saya memberi alamat e-mail utk kegunaan formal sahaja. Tetapi harap tidak memforward email yg tidak berkaitan kerana capaian keatas email akan lambat bila saya outstation'
Rasa nak bagi pingat emas kepada acara cakap baik2... eekekkeke

Sekian.

Sunday, April 26, 2009

KAwen dahhhhhh


Semalam 26 April 2009, kawinlah si lin ni
meh tengok gambarrr.... layannn





Phewiiittttttttttttttt... cun tu siti fazlina kawin. dak dik duk, jantung berdebar...
hek hek hek... nasib baik ko dah berenti keje lin, kalau tak...
mesti ko tak nak lalu depan bilik kak mah....


Selamat melayari bahtera perkahwinan :-)












Sunday, April 19, 2009

Puding cocktail KAK MAH








la la la kak mah tengah ganti azie ni. kak mah doakan majlis azie berjalan dengan sempurna dan ucapan kak mah selamat menempuh alam perkahwinan. sedih pulak ayat aku nih....

oooo.... berbalik kpd subject yg betul. si hema nak recipe puding cocktail. alamak itu cincai je beb. aku sambil tidor-tidor dah siap satu tong... ekekekeekkekekekeke....


Bahan2 Untuk puding

2 cawan tepung kastard
1 cawan santan
gula secukup rasa
air secukupnya

Bahan2 untuk kuah

1 tin susu cair
1 tin cocktail
1 biji telur
1 sudu perasa (mengikut citarasa)
1 cawan air
gula secukup rasa

cara membuatnya:

kita mulakan puding dulu.

1. Jerang air lebih kurang 4 cawan air dlm periuk.

2. Sementara itu, bancuh 2 cawan tepung kastard.

3. Setelah air mendidih masukkan kastard yg dibancuh tadi ke dlm periuk.

4. masukkan santan dan gula. Kacau selalu, perlahankan api.

Nota: Kalau tepung tu senang je kacau, maknanya tu dah OK la tu. Jgn manis sangat. bahaya utk kesihatan.

Kuah pulak

1. Masukkan 1 tin susu cair, cocktail, sebiji telur, air,gula secukupnya dan perasa dlm periuk. (dlm fridge aku ada strawberry flavour je)

2. kacau perlahan sehingga telur sebati.

3. masak atas api. Slow je nanti pecah susu. bukan susu badan tau, susu cair! 5 minit pun OK cuma nak cairkan gula.


Nota: sebenarnya ada org tak suka susu cair. ada yg guna yogurt. tapi o'kerana aku x reti lagik, jadi try ajelah yg basic ni. anyway, aku akan perbaiki lagi masakan aku di masa-masa akan datang. lagi satu petang semalam nak beli tapi kedai kat umah tu tak jual yogurt. (alasan la tu)
ekekekeekke

Apa yang penting? KERJASAMA.........

hema: aja!aja! fighting!

ada lagi nak citer ni.... tengok citer full house. lepas tu semua dah syok sendiri. tu jelah. bai.












Tuesday, April 7, 2009

Eh...EH, dah berTUKAR wajah BLog kak mAH

kak mah dah edit background... ekekekke, sha ajar
takde apa nak citer lah. babai.