Friday, April 22, 2011

Dulu, kini, akan datang

aku takde followers. sapa nak kesah aku update ke tidak.

hari ni ada entry sbb aku dah ingat balik password aku. kenapa dulu aku tak ingat ek?


aku terkini adalah isteri kepada seorang lelaki dan ibu kepada 2 anak. aku terkini adalah wanita yg menjalani hidup seperti biasa. aku terkini adalah pa pool yg ganti pa2 bercuti. aku terkini sedang demam 5 hari tak kebah2. aku terkini sedang menerima rawatan tradisional. aku terkini tengah tunggu lagi sejam nak balik rumah.


aku yg dulu adalah sama seperti hari ini. yg beza adalah berat badan, power spek bertambah dan kulit yg kering. aku yg dulu adalah rajin kemas rumah sama seperti sekarang. aku yg dulu adalah malas masak mcm sekarang walaupun aku masak sedap jugak rasanya. aku dulunya adalah suka berjogging dan terkini masih berjogging. aku dulunya suka bersembang dengan jiran2 tapi terkini kurang aktif kerana isu2 yg tak dapat dinyatakan di sini. wakakkaakakak


aku akan datang tak tau lah dapat naik pangkat atau tak. akan datang aku harap dapat miliki kesihatan yg baik. masa akan datang aku harap laki aku dapat promotion lagi. masa akan datang aku harap dapat habiskan hutang2. masa akan datang aku harap anak2 aku jadi org yg berjaya. akan datang aku nak besarkan rumah. akan datang aku nak senyum dengan bergigi penuh. ha ha ha ha

Yg pasti dulu, kini, akan datang aku memang nakal

hahah hoahohohooo

Tolong jangan langgar cones lagi...

Tau macamana cara x nak mengantuk masa balik?

Ina kata makan kuaci. boleh jugak, nanti balik try beli char chee. Bagus jugak kalau ada kawan nak sembang, tapi tak de sapa share kete ngan aku. Termasuk hari selasa baru2 ni, dah kali ke-2 langgar cone tepi jalan.

Perlukan driver?

Ingat aku kaya sangat ke nak pasang driver. nak service kete tu pun aku bawak bekal sardin gi opis. Selalu aku tengok org ada driver, bos kat belakang baca paper gak. Tak tidur pon?

Masalah hormon?

Ada ke hormon mengantuk? eh adalah, dulu aku belajar masa form 4. Seluruh badan kita kan dikawal oleh hormon. korang kalau takde hormon controll, elok tempah je batu 2. ha ha ha

Bersara pilihan?

perkara terakhir dlm karier ekekek. Eh ada tau org bersara kerana mengantuk masa memandu. Demi nak elakkan mati mengantuk, bek bersara awal2.

Aku selalu imagine, kalau la terjadi eksiden takut la cedera parah. kedua, jahanam la kete aku tu. nak tunggu insurance cover, ntah lagi 5-6 bulan. klu cedera kekal.. eee ya Allah mintak dijauhkan.

kepada rakan2, berhati-hati ketika memandu... muahhhhhhss

Tuesday, September 8, 2009

Ketupat + Duit Raya + Baju raya





All writings are from true story....

Part One - Ketupat

Lagi 2 minggu je nak raya ni... ketupat dah anyam dari puasa pertama (sawan la tu). Ko... naik lebam asik kena gentel... aku belajar anyam ketupat masa standard 6. Mak sedara aku yang gemok tu sampai tertidor-tido kat tangga rumah arwah atuk sbb aku paksa dia ajar aku dari pagi sampai nak bukak puasa..
Masa aku darjah 4, abang no. 2 kena rebus ketupat. Dah tu dia terlupa... siap pegi merambu kat parit raja sampai pukul 12 malam. Balik kena libas ngan mak aku sebab dah hangus... padan muka
Lepas tu kalau kat johor, raya ke-7 dipanggil raya ketupat. Tapi mak aku tak layannn. Dia kata tup pintu, raya dah habis. MAKKKK !!
Lepas tu raya tahun 2005, aku bukan main nangis mintak maaf ngan mak ayah. Diorang takde perasaan langsung. Muka seposen jer. huaaaaaa

Part Two - Duit Raya


Somiku, bila nak bawak sayang gi soping2 ni?? Weekend je abang tido...bola...tido. Saya nak pegi KL, nak pegi KL nak pegi KL.


Part 3 - Baju Raya

Bang...baju raya i dah siap. sape nak tolong bayor....



















Monday, August 31, 2009

The Incredible 2004



Semalam tengok citer ni... 2.30-4.30. E'eh baru tersedar rumah bersepah giler baby. Shah dah nak balik ni . Call dulu, check line. OO dia tengah poton rambut ngan rezuan.
Aku pun... miahahahahaha kemas2. ALAMAKKKK ! tak sempat. Dia dah balik.
Shah: ni sebab saya nak balik baru menyapu ye..?
Aku: eeeee....... memang nak kemas cuma lambat sket
Tapi sebenarnya memang tak nak kemas ponnnnnnn
tolong... tolong... tolonggggg
bai

Monday, August 24, 2009

WarKAH buAT suAmI - UlanGtAHUN pERKAhwinan ke - 6

Buat tatapan suami tercinta...

Tanggal 30 Ogos 2003, jam 11.45 pagi dengan 2 kali lafaz, saya dengan sahnya telah menjadi milik abang jiwa dan raga. Walau pun hantaran tak macam artis tapi saya tetap gembira menjadi isteri. Setelah 6 tahun hidup bersama, saya teramat bersyukur dan sangat berterima kasih dengan segala yang telah abang berikan kepada saya dan anak-anak. Pengorbanan, kasih sayang dan semuanya yang tak dapat dicatit di sini, tak dapat saya membalasnya.Saya sangat suka sebab bila tak perlu, abang ada, bila perlu abang pun ada :-). Bila saya pot pet-pot pet abang tak marah balik. Bila saya hempas pintu, abang kata mahal saya bayar pintu ni. Dulu saya acah-acah bagi no. phone, abang still layan jugak. He he hehe. Ada satu benda yang saya terkilan sangat, gelang batal air sembayang yg hilang masa umah masuk pencuri. Saya sedih, tapi nak wat camner.

Abang tau tak, saya takut betul kalau tak jadik kawin. Kadang2 terfikir betul ke jejaka pilihan aku ni? Adakah aku mampu jadik isteri yang hebat? Dan awak jadik somi yang diidam2kan...? kan selalu baca dlm magazine, ciri2 lelaki untuk dijadikan suami. Dalam 10 tu abang mungkin dapat 8 jerk. Tapi takpe... i rather accept the 8 than losing you... wah mesti cair abang baca nih...

Sebenarnya saya suka sangat masa pregnant. Tak drive, tak masak. Tapi bang, untuk anak ke-3 boleh tak KIV dulu? Let me tell u again, saya tak nak jadi pengunjung ER sepanjang morning sickness. Itu membuatkan saya lebih sakit. Tapi abang punya pasal, saya harungi jugak yang 2 orang tu. Lepas tu abang jangan marah kalau singlet abang makin lama makin kurang sebab saya dah buang 2-3 helai. Dah lusuh sangat, beli la baru bang oiii
Sepanjang 6 tahun ini, kadang2 mulut saya terlaser, mesti ada pe'el saya yang abang tak suka. Saya harap abang telan jelah. Saya nak hidup dengan abang hingga ke akhir hayat. Saya dah manage rumah macam yang abang suka. Saya masak faberet food abang, jaga penampilan diri dan kawal berat badan. Abang, u should appreciate me too tau! Nanti awak ingatkan saya jahit butang seluar.
Sebelum saya sudahi, I would like tu wish us Hepi 6th Anniversary. Saya sangat sayangkan abang dan anak2. Saya sayangkan masa2 yang kita lalui setiap hari. Cuma kalau abang outstation, saya terpaksa berani2kan tido dengan budak2 tu. Anyway saya suka sangat buah rantai yang kita tengok semalam, kalau abang sudi nak share nanti inform ye!
Sempena Ramadan dan Syawal tak lama lagi, saya memohon ampun dan maaf atas semua kesilapan dan kekurangan saya sepanjang menjadi isteri. Abang adalah kesempurnaan pada kekurangan saya.
I LOVE U abang.
tata

p/s bila nak order civic?


Sunday, August 16, 2009

5s in dE kiTChen

Last weekend, di dapur dan cuba selesaikan kabinet yang terrible gitu. Aku tengok pun pening. sumer tak appropriate. Cuma beli stuff yang sesuai, masukkan all de spices and in a one shot... wahhhh... everything is in order kan.....



Before



After


Tray tu boleh rotate... jadik aku ngan rezuan pun main wheel of fortune...
WANG BESAR ! WANG BESAR !





K. maH main Bowling

Hari jumaat, 15 Ogos 2009 BEA vs PNMB. Dah 5 tahun tak main bowling. Pandai gak aku.



Makan dulu.....



terlebih suda...