Friday, April 22, 2011

Dulu, kini, akan datang

aku takde followers. sapa nak kesah aku update ke tidak.

hari ni ada entry sbb aku dah ingat balik password aku. kenapa dulu aku tak ingat ek?


aku terkini adalah isteri kepada seorang lelaki dan ibu kepada 2 anak. aku terkini adalah wanita yg menjalani hidup seperti biasa. aku terkini adalah pa pool yg ganti pa2 bercuti. aku terkini sedang demam 5 hari tak kebah2. aku terkini sedang menerima rawatan tradisional. aku terkini tengah tunggu lagi sejam nak balik rumah.


aku yg dulu adalah sama seperti hari ini. yg beza adalah berat badan, power spek bertambah dan kulit yg kering. aku yg dulu adalah rajin kemas rumah sama seperti sekarang. aku yg dulu adalah malas masak mcm sekarang walaupun aku masak sedap jugak rasanya. aku dulunya adalah suka berjogging dan terkini masih berjogging. aku dulunya suka bersembang dengan jiran2 tapi terkini kurang aktif kerana isu2 yg tak dapat dinyatakan di sini. wakakkaakakak


aku akan datang tak tau lah dapat naik pangkat atau tak. akan datang aku harap dapat miliki kesihatan yg baik. masa akan datang aku harap laki aku dapat promotion lagi. masa akan datang aku harap dapat habiskan hutang2. masa akan datang aku harap anak2 aku jadi org yg berjaya. akan datang aku nak besarkan rumah. akan datang aku nak senyum dengan bergigi penuh. ha ha ha ha

Yg pasti dulu, kini, akan datang aku memang nakal

hahah hoahohohooo

Tolong jangan langgar cones lagi...

Tau macamana cara x nak mengantuk masa balik?

Ina kata makan kuaci. boleh jugak, nanti balik try beli char chee. Bagus jugak kalau ada kawan nak sembang, tapi tak de sapa share kete ngan aku. Termasuk hari selasa baru2 ni, dah kali ke-2 langgar cone tepi jalan.

Perlukan driver?

Ingat aku kaya sangat ke nak pasang driver. nak service kete tu pun aku bawak bekal sardin gi opis. Selalu aku tengok org ada driver, bos kat belakang baca paper gak. Tak tidur pon?

Masalah hormon?

Ada ke hormon mengantuk? eh adalah, dulu aku belajar masa form 4. Seluruh badan kita kan dikawal oleh hormon. korang kalau takde hormon controll, elok tempah je batu 2. ha ha ha

Bersara pilihan?

perkara terakhir dlm karier ekekek. Eh ada tau org bersara kerana mengantuk masa memandu. Demi nak elakkan mati mengantuk, bek bersara awal2.

Aku selalu imagine, kalau la terjadi eksiden takut la cedera parah. kedua, jahanam la kete aku tu. nak tunggu insurance cover, ntah lagi 5-6 bulan. klu cedera kekal.. eee ya Allah mintak dijauhkan.

kepada rakan2, berhati-hati ketika memandu... muahhhhhhss