Thursday, August 13, 2009

Ayah dan Ramadhan

Salam semua....

Ramadhan kembali lagi. Kemudian diiringi Syawal pula. Kadang2 ada rasa hiba. Banyak kenangan Ramadhan dan Syawal yang menumpahkan airmata. Sebalik senyum dan ketawa, yang sedih lebih diingati terutama dalam bulan2 mulia ini.

Dalam usia 68 tahun, ayah nampak lebih uzur dari usianya. Waktu bersalaman dan cium tangannya, nampak susah dan sakit. Tangan yang dulu kuat dan gagah sekarang cuma tulang dan kulit yang ada. Aku cuma sedih dan tak berbuat apa. Kadang2 terfikir adakah dia akan survive sehingga Syawal ini.

Masa cepat betul berlalu. Sedangkan dulu akulah anak kecil yang memang manja. Tidur dan cium ayah setiap pagi. Dah form 3 pun ayah temankan bangun kencing tengah malam. Selepas bersuami dan duduk jauh dari ayah, aku terpisah dengan kenangan dan kehidupannya. Sedangkan kenangan dan kehidupan itu yang memulakan segala2nya.

Dari luaran, aku dan kakak sulung lebih mewarisi gen ayah. Ayah bukan jenis pukul anak2. Ayah bukan jenis pemarah. Tapi sejak akhir2 ni, dia berubah sikit. Dengan keadaan pekak yang serius, aku susah nak bincang pasal ni. Sebagai anak, aku suka bercakap dengan ayah tanpa mak. Kenapa setelah 45 tahun berkahwin, mereka tak sehaluan lagi?

Tuntutan hidup membuatkan aku tak sering dapat bersama ayah. Aku sangat bimbangkan Ramadhan. Ayah yang sakit dan mak yang sensitif. Aku sangat menunggu Syawal, tapi aku tak bersedia kehilangan AYAH........

6 comments:

  1. sedihnya baca entry kak mah ni..sobb sob :(
    tulah kan..skrg keje jauh tak dpt bersama dgn diorang cam dulu dah..hargailah mereka semasa mereka masih ada (lap air mata)

    ReplyDelete
  2. ha'ah ayah k mah dah tua... hu hu hu hu hu

    ReplyDelete
  3. kak mah..aku lagik sedih anak yatim..pok dah tak ada...sob sob sob..betoi cakap azie hargailah mereka semasa mereka masih ada...

    ReplyDelete
  4. Huhuhu sedih nyer hati ku bila baca entry kak mah nie...

    ReplyDelete
  5. huhuhu...sob..sob..sob..meleleh segala air yg ada baca entry kak mah kali ni.tak sangka dalam diri kak mah yg suka bergurau senda,joget dangdut ala2 inul..kak mah juga mampu membuatkan semua org rasa sedih..kak mah..sy ni lagi jauh dari bapak..sy rapat dgn bapa berbanding mak..dapat bayangkan perasaan kak mah..uwaaaa..sedihnya..

    ReplyDelete
  6. huuuu huuuu kak mah rapat ngan ayah lebih dari mak. Mesti cium dan peluk ayah w/upun dah beranak 2. hu hu huuuuu

    ReplyDelete